Saturday 10 December 2011

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Sunday 20 November 2011


5 Teras Utama dalam senaman untuk kesihatan kita.

5 Teras Utama dalam senaman untuk kesihatan kita.

Terdapat lima manfaat senaman terhadap otak kita.

1. Meningkatkan kemampuan otak.
Latihan senaman selalu dapat meningkatkan kesihatan mental. Ini kerana senaman dapat meningkatkan jumlah oksigen dalam darah dan mempercepat aliran darah menuju otak. Ia juga dapat mendorong reaksi fizikal dan mental yang lebih baik.

2. Membantu melambatkan proses penuaan.
Latihan sederhana seperti jalan kaki secara teratur dapat membantu mengurangi penurunan mental pada wanita di atas 65 tahun. Semangkin kerap dan lama kita melakukannya maka penurunan mental kian lambat. Ramai orang merasakan manfaat aktiviti itu setelah sembilan minggu melakukannya secara teratur tiga kali seminggu. Latihan ini tidak harus dilakukan dalam keadaan paksaan pada diri. Cukup berupa jalan kaki di sekitar rumah.

3. Mengurangkan stress.
Senaman dapat mengurangkan kegelisahan. Bahkan lebih jauh lagi, dapat membantu kita mengendalikan marah. Latihan aerobik dapat meningkatkan kemampuan jantung dan membuatkan kita lebih cepat mengatasi stress. Aktiviti seperti jalan kaki, berenang, berjoging, dan lari merupakan cara terbaik mengurangi stress.

4. Menaikkan daya tahan tubuh.
Jika anda selalu melakukan senaman meskipun tak terlalu lama namun dengan santai melakukannya, maka aktiviti itu dapat meningkatkan hormon-hormon baik dalam otak seperti adrenalin, serotonin, dopamin, dan endorfin. Hormon ini berperanan dalam meningkatkan daya tahan tubuh. Peratus yang dilakukan di Eropah memperlihatkan bahwa 83% orang yang memiliki ganguan mental mengamalkan senaman untuk meningkatkan mood dan mengurangi kegelisahan.

Sementara para peneliti di Duke University berpendapat bahwa 60% orang yang melakukan senaman selama empat bulan dengan frekuensi tiga kali seminggu dan setiap latihan selama 30 minit dapat mengatasi penyakit tanpa ubat. Walaubagaimanapun cara ini bukan menghentikan penyakit.

5. Memperbaiki kepercayaan diri.
Umumnya semakin mahir seseorang dalam suatu jenis aktiviti senaman, maka kepercayaan diri pun akan meningkat. Bahkan membuktikan bahwa remaja yang aktif berolahraga merasa lebih percaya diri dibandingkan dengan teman-temannya yang tidak melakukan kegiatan serupa.

Tuesday 15 November 2011

Lagu 1 Murid 1 Sukan

1 Murid 1 sukan